Saturday 27 July 2013

Nota Bab 2 : Lukisan

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera..
Tak perlu memenatkan jari menaip.. So lets continue..


  • Nyatakan maksud lukisan.
    • Maksud lukisan mengikut Kamus Oxford Companion to Art (1981) ialah proses menggambarkan sesuatu imej.
    • Lukisan juga bermaksud proses atau teknik mempersembahkan sesuatu imej dalam bentuk dua dimensi (2D).
  • Ceritakan secara ringkas sejarah lukisan.
    • Sejarah lukisan menurut kajian ahli sejarah, lukisan merupakan antara cara awal bagi manusia berkomunikasi secara visual.
    • Pengkaji sejarah terdahulu telah membuktikan bahawa manusia terdahulu sudah pun menghasilkan lukisan yang berupa tanda lakaran berbentuk imej yang ringkas di dinding gua seperti di Gua Niah, Sarawak dan Gua Tambun di Perak.
    • Ini telah membuktikan bahawa lukisan awal dijumpai telah dihasilkan oleh manusia sejak 16 000 S.M.
    • Antara imej yang dijumpai marupakan lakaran pelbagai jenis garisan yang membentuk imej manusia, binatang perburuan dan peralatan seperti panah dan lembing.
    • Masyarakat Mesir telah menghasilkan rekod penulisan dan lakaran visual di atas kertas papirus, kertas ini diperbuat daripada tumbuhan yang terdapat di Delta Sungai Nil.
  • Senaraikan media-media yang boleh digunakan untuk penghasilan lukisan.
    • Media kering seperti pensel, arang serta kapur dan dilukis di atas permukaan kertas.
    • Media basah seperti dakwat, pen, marker, cat air dan warna poster.
  • Senaraikan nama tokoh yang terkenal dalam bidang lukisan dan perisian yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan.
    • Leornardo da Vinci, Albrecth Durer, Michelangelo, Raphael dan Donatello.
    • Adobe Photoshop, 3D Studiomax, Illustrator dan Coral Draw.
       
  • Apakah yang dimaksudkan dengan lakaran?
    • Lakaran merupakan langkah awal sebelum terhasilnya sesuatu karya pengkaryaan atau perekaan.
    • Lakaran juga merupakan persediaan, kajian atau perancangan awal yang diolah secara visual terhadap idea yang ingin disampaikan dalam karya sebenar.
  • Berikan tujuan penghasilan lukisan.
    • Menggambarkan ilusi tiga dimensi (3D) pada permukaan dua dimensi (2D).
      • Contohnya, memasukkan kajian perspektif atau mengkaji kesan cahaya dan bayang yang jatuh pada sesuatu bentuk.
    • Kajian sesuatu objek secara terperinci dengan memberi penegasan atau tumpuan.
      • Contohnya, merekodkan imej jalinan atau bentuk tertentu pada sesuatu objek bagi mengelakkan kekeliruan imej.
    • Menyelesaikan permasalahan visual.
      • Contohnya, kajian komposisi sesuatu reka bentuk atau kajian terhadap kadar banding sesuatu objek.
    • Persediaan untuk gambaran idea awal.
      • Contohnya, lakaran idea terhadap komposisi yang bersesuaian sebelum penghasilan catan pemandangan.
  • Nyatakan proses penghasilan lukisan.
    • Penglihatan penting bagi manusia untuk melihat sesuatu objek dan melukis dengan baik.
    • Imej yang dilihat oleh mata akan dimanipulasikan oleh minda untuk memberi struktur dan makna.
    • Imej yang diproses  memerlukan pemahaman dan pengalaman estetika untuk memberi olahan visual yang baik dan dibantu oleh daya khayalan.
    • Manusia melukis sesuatu berdasarkan peniruan atau imaginasi minda.
    • Pengolahan imej berkait rapat dengan pemahaman aspek formal yang membantu seseorang melukis dengan baik atau berkualiti.
    • Pengolahan imej terdiri daripada unsur seni reka seperti aspek bentuk dan kadar banding dalam mengolah ruang serta penggunaan prinsip rekaan seperti imbangan dan kontra.
  • Senaraikan teknik-teknik penghasilan lukisan.
    • Lukisan garisan
    • Gosokan 
    • teknik burnishing
    • Lukisan titik
    • Teknik campuran
    • Teknik frottage
    • Teknik garisan/grafito
    • Teknik scumbling

Sunday 21 July 2013

Nota Bab 1

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera..
Beberapa hari yang lepas Ieyka ada bagi nota Seni untuk Bab 1 kan.. Tapi Ieyka rasa agak complicated sebab nota yang terlalu banyak.. Jadi post kali ni Ieyka nak bagi nota berbentuk soalan supaya lebih senang untuk kita paham.. Lagi pun bukannya semua masuk dalam exam.. Tak perlu membebel lagi... Jom mulakan..

BAB 1 : PENGERTIAN SENI VISUAL
  • Bagaimanakah sesebuah hasil seni dihasilkan?
    • Penilaian bagi sesebuah sesebuah hasil karya seni visual juga berkaitan dengan tahap pengalaman estetika yang dimiliki oleh seseorang.
  • Bagaimanakah keindahan seni dinilai?
    • Keindahan seni yang dinilai memerlukan pemerhati dan objek. 
    • Seseorang yang ingin berlatih melihat keindahan harus melatih dirinya untuk menguasai keupayaan derianya untuk merasai dan menjiwai serta keupayaan inteleknya untuk mengerti.
  • Nyatakan maksud visual.
    • Visual bermaksud sesuatu yang nampak atau tampak. Visual juga merujuk kepada sesuatu yang boleh dinilai dan dilihat oleh mata manusia.
  • Senaraikan ciri-ciri seni 2D.
    • Seni 2D boleh dilihat daripada permukaan 180'. 
    • Hasil seni hanya dapat dihayati pada permukaan sahaja kerana kita hanya melihat visual yang dipaparkan. 
    • Contoh hasil seni 2D ialah catan, cetakan dan lukisan.
  • Senaraikan ciri-ciri seni 3D.
    • Seni 3D dapat dilihat pada ruang 360'.
    • Hasil seni wujud dalam suatu ruang sebenar dan melibatkan ruang serta jisim untuk dinikmati keindahannya.
    • Contoh hasil seni 3D ialah arca, kraf tembikar dan ukiran kayu.
  • Apakah pengkaryaan?
    • Pengkaryaan mementingkan makna dan estetik.
    • Pengkaryaan terdiri daripada penghasilan karya seni dalam bidang seni halus, iaitu hasil karya yang terdiri daripada lukisan, catan, arca dan seni cetak.
  • Apakah perekaan?
    • Perekaan mementingkan fungsi dan estetik dan bermaksud mereka bentuk sesuatu.
    • Perekaan memberi penekanan kepada fungsi penghasilan karya di samping penekanan kepada nilai estetik yang melibatkan unsur dan prinsip rekaan.
  • Berikan definisi apresiasi.
    • Apresiasi berdasarkan istilah bahasa bermaksud memberi pengiktirafan atau penghargaan terhadap sesuatu.
    • Apresiasi dalam seni visual melibatkan proses memehami serta menilai sesebuah hasil karya melalui pemahaman dan huraian berkaitan aspek tertentu.
  • Huraikan pengalaman estetik.
    • Pengalaman estetik ialah proses penguasaan bidang ilmu dan maklumat tertentu menerusi pengamatan dari pelbagai deria, pengalaman langsung dan kemahiran intelek terhadap sesuatu perkara yang berkaitan dengan kesenian dan keindahan.
  • Apakah yang dimaksudkan dengan pengalaman langsung.
    • Pengalaman langsung terhasil melalui proses membuat atau proses penghasilan produk seni melalui penglibatan deria.
    • Pengalaman langsung ialah pengalaman asas bagi pengalaman estetik yang terhasil melalui proses membuat atau menghasilkan sesuatu produk seni secara langsung dan melibatkan deria luaran dan deria dalaman.
  • Apakah pengalaman intelektual?
    • Pengalaman intelektual ialah proses memperoleh ilmu daripada pengamatan daripada pelbagai sumber maklumat.
    • Pengalaman intelektual boleh didapati melalui kajian, penerokaan, eksperimen dan dapatan dalam proses penghasilan karya seni serta melalui penguasaan maklumat daripada pelbagai sumber.
    • Contohnya daripada komputer, televisyen dan buku rujukan.