Sunday 21 July 2013

Nota Bab 1

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera..
Beberapa hari yang lepas Ieyka ada bagi nota Seni untuk Bab 1 kan.. Tapi Ieyka rasa agak complicated sebab nota yang terlalu banyak.. Jadi post kali ni Ieyka nak bagi nota berbentuk soalan supaya lebih senang untuk kita paham.. Lagi pun bukannya semua masuk dalam exam.. Tak perlu membebel lagi... Jom mulakan..

BAB 1 : PENGERTIAN SENI VISUAL
  • Bagaimanakah sesebuah hasil seni dihasilkan?
    • Penilaian bagi sesebuah sesebuah hasil karya seni visual juga berkaitan dengan tahap pengalaman estetika yang dimiliki oleh seseorang.
  • Bagaimanakah keindahan seni dinilai?
    • Keindahan seni yang dinilai memerlukan pemerhati dan objek. 
    • Seseorang yang ingin berlatih melihat keindahan harus melatih dirinya untuk menguasai keupayaan derianya untuk merasai dan menjiwai serta keupayaan inteleknya untuk mengerti.
  • Nyatakan maksud visual.
    • Visual bermaksud sesuatu yang nampak atau tampak. Visual juga merujuk kepada sesuatu yang boleh dinilai dan dilihat oleh mata manusia.
  • Senaraikan ciri-ciri seni 2D.
    • Seni 2D boleh dilihat daripada permukaan 180'. 
    • Hasil seni hanya dapat dihayati pada permukaan sahaja kerana kita hanya melihat visual yang dipaparkan. 
    • Contoh hasil seni 2D ialah catan, cetakan dan lukisan.
  • Senaraikan ciri-ciri seni 3D.
    • Seni 3D dapat dilihat pada ruang 360'.
    • Hasil seni wujud dalam suatu ruang sebenar dan melibatkan ruang serta jisim untuk dinikmati keindahannya.
    • Contoh hasil seni 3D ialah arca, kraf tembikar dan ukiran kayu.
  • Apakah pengkaryaan?
    • Pengkaryaan mementingkan makna dan estetik.
    • Pengkaryaan terdiri daripada penghasilan karya seni dalam bidang seni halus, iaitu hasil karya yang terdiri daripada lukisan, catan, arca dan seni cetak.
  • Apakah perekaan?
    • Perekaan mementingkan fungsi dan estetik dan bermaksud mereka bentuk sesuatu.
    • Perekaan memberi penekanan kepada fungsi penghasilan karya di samping penekanan kepada nilai estetik yang melibatkan unsur dan prinsip rekaan.
  • Berikan definisi apresiasi.
    • Apresiasi berdasarkan istilah bahasa bermaksud memberi pengiktirafan atau penghargaan terhadap sesuatu.
    • Apresiasi dalam seni visual melibatkan proses memehami serta menilai sesebuah hasil karya melalui pemahaman dan huraian berkaitan aspek tertentu.
  • Huraikan pengalaman estetik.
    • Pengalaman estetik ialah proses penguasaan bidang ilmu dan maklumat tertentu menerusi pengamatan dari pelbagai deria, pengalaman langsung dan kemahiran intelek terhadap sesuatu perkara yang berkaitan dengan kesenian dan keindahan.
  • Apakah yang dimaksudkan dengan pengalaman langsung.
    • Pengalaman langsung terhasil melalui proses membuat atau proses penghasilan produk seni melalui penglibatan deria.
    • Pengalaman langsung ialah pengalaman asas bagi pengalaman estetik yang terhasil melalui proses membuat atau menghasilkan sesuatu produk seni secara langsung dan melibatkan deria luaran dan deria dalaman.
  • Apakah pengalaman intelektual?
    • Pengalaman intelektual ialah proses memperoleh ilmu daripada pengamatan daripada pelbagai sumber maklumat.
    • Pengalaman intelektual boleh didapati melalui kajian, penerokaan, eksperimen dan dapatan dalam proses penghasilan karya seni serta melalui penguasaan maklumat daripada pelbagai sumber.
    • Contohnya daripada komputer, televisyen dan buku rujukan.

No comments:

Post a Comment

Meh la komen..
Lau tak komen tak nak kawan..