Monday 8 July 2013

Bab 1

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA..

K guys.. Post hari tu Ieyka da citer pasal Format Exam kan.. So this time Ieyka nak teruskan lagi dengan tajuk-tajuk yang akan student Seni STPM belajar dalam Penggal 1. Macam yang Ieyka pernah bagi tahu, kita akan ada 3 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B & Bahagian C. Lets continue..

BAHAGIAN A (PENGENALAN SENI VISUAL)
Pada bahagian ni, kita akan belajar 6 topik iaitu:
  1. Pengertian Seni Visual
  2. Pengkaryaan : Seni Halus
  3. Perekaan : Komunikasi Visual
  4. Perekaan : Reka Bentuk Grafik
  5. Perekaan : Reka Bentuk Persekitaran
  6. Peranan Seni Visual
Tajuk pun da agak memeningkan.. Hehehe.. Actually tak la susah pun.. Pening lagi ke?? Ala.. dah-dah la tu.. Meh sini Ieyka terangkan..

BAB 1 : Pengertian Seni Visual

1.1 Maksud Seni
  • Mengikut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia terbitan DBP(1988) " Seni bermaksud halus atau kecil sekali, kecekapan dan kepandaian membuat sesuatu yang indah-indah"
  • Berdasarkan Ensiklopedia Malaysiana (1996:453) "Seni ialah sesuatu yang indah pada pandangan pancaindera manusia sama ada melalui penglihatan atau pendengaran"
  • Mengikut Ibnu Khaldun "Seni adalah kebenaran, keindahan dan kebaikan di mana di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika dan logika"
  • Seni membawa maksud kebolehan mencipta, melukis, mengukir, mengubah dan ia juga boleh ditakrif sebagai hasil buatan manusia yang diatur dengan mahir dan boleh digunakan untuk menyuarakan pengalaman manusia.
Keindahan Seni Visual
  • Karya seni visual merupakan manifestasi terhadap ekspresi individu atau masyarakat berdasarkan kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh daripada pelbagai sumber seperti pengalaman, pendidikan, penyelidikan atau pengamatan terhadap persekitaran.
  • Keindahan dalam sesebuah karya seni visual merupakan sesuatu yang dianggap indah dan menyenangkan serta memenuhi keperluan naluri dan kehendak fizikal manusia.
  • Penghayatan terhadap keindahan dalam seni visual diwujudkan oleh beberapa aspek iaitu subjek(tema dan hal benda), aspek formal(komposisi dalam menyusun atur unsur seni reka dan prinsip rekaan adn disokong oleh penggunaan media dan teknik), serta kandungan dan konteks(merujuk kepada karya pengkaryaan dan fungsi yang merujuk kepada karya perekaan)
  • Penilaian hasil seni visual berkaitan dengan tahap pengalaman estetik seseorang
  • Menilai keindahan memerlukan pemerhati dan objek serta perlu menguasai keupayaan derianya untuk merasai dan menjiwai  serta keupayaan inteleknya untuk mengerti
NOTA RINGKAS
    • Ammanuel Kant(1724-1804), keindahan kesenian bukan terletak pada sesuatu benda secara hakikinya indah atau cantik tetapi apa yang terjelma daripada pentafsiran terhadap sesuatu hasil seni itulah nilai keindahan
    • Winckwlmann(1717-1769), seseorang penggemar seni atau seniman perlu melatih pancainderanya secara berterusan agar berupaya menikmati keindahan yang sebenar melalui kebolehan intelektual                                                                                                                                                
    1.2 Seni Visual
    • Bermaksud sesuatu yang nampak atau tampak dan manusia menggunakan deria mata untuk melihat atau nampak sesuatu
    • Seni visual wujud daripada idea, pengalaman atau rangsangan individu untuk melahirkan daya cipta yang indah
    • Hasil seni memerlukan kombinasi unsur seni garisan, warna, rupa, jalinan, bentuk dan ruang serta prinsip rekaan untuk menghasilkan kesan visual yang menarik.
    • Prinsip rekaan ialah proses pengorganisasian bagi mewujudkan harmoni dan kepelbagaian iaitu keseimbangan, kadar banding, penegasan, pergerakan dan ekonomi.
    • Hasil seni visual terbahagi kepada dua bentuk iaitu hasil ciptaan berbentuk dua dimensi(2D) dan tiga dimensi(3D). 
    • Karya 2D boleh dilihat daripada permukaan 180' . Contoh karya 2D ialah lukisan, catan, seni cetak, corak pada kain batik, reka bentuk grafik, multimedia dan cetakan gambar
    • Karya 3D boleh dilihat daripada permukaan 360'. Contoh karya 3D ialah arca, barangan industri, seni bina bangunan, tembikar, anyaman bakul, ukiran kayu, senjata dan alat muzik 
    Skop Penghasilan Karya Seni Visual
    • Seni visual terbahagi kepada 2 bahagian :  
              Pengkaryaan(mementingkan makna dan estetik)
    •  Penghasilan karya seni dalam bidang seni halus iaitu lukisan, catan, arca dan seni cetak
    •  Pemahaman makna daripada karya yang dihasilkan.
               Perekaan(mementingkan fungsi dan estetik)
    • Mereka bentuk sesuatu. 
    • Perekaan memberi penekanan kepada fungsi penghasilan karya dan penekanan kepada nilai estetik yang melibatkan unsur dan prinsip rekaan 
    • Terdiri daripada bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi dan reka bentuk persekutuan.
    1.3 Apresiasi
    • Berdasarkan istilah bahasa, pengiktirafan atau penghargaan terhadap sesuatu. 
    • Dalam seni visual melibatkan proses memahami serta menilai sesebuah hasil karya melalui pemahaman dan huraian berkaitan aspek-aspek tertentu.  
    • Sesebuah hasil karya atau perekaan yang dihasilkan bukan hanya bertujuan memenuhi aspek estetika malah terkandung subjek. aspek formal serta kandungan dan konteks yang perlu difahami berdasarkan disiplin aplikasi asas seni reka
    1.4 Pengalaman Estetik
    • Pengalaman merupakan satu proses yang dialami oleh seseorang untuk mendapatkan sesuatu ilmu pengetahuan atau kemahiran.
    • Sesebuah hasil seni dinilai oleh audiens mengikut penilaian berdasarkan tahap pengalaman estetik yang dimiliki oleh audiens
    • John Dewey(1859-1952) menjelaskan estetika ialah satu sestem pengkajian seni yang dianggap ekspresi yang mencakupi semua makna
    • Perkataan estetika mula digunakan oleh Baumgarten pada tahun 1735. yang berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud menanggapi.
    • Pengalaman estetika ialah proses penguasaan bidang bidang ilmu dan maklumat tertentu menerusi pengamatan dari pelbagai deria, pengalaman langsung dan kemahiran intelek terhadap sesuatu perkara yang berkaitan dengan kesenian dan keindahan
    • Pengalaman estetika membantu seseorang itu untuk menguasai kemahiran berfikir secara kreatif dan memupuk kemahiran secara berperingkat dan sistematik
    Pengalaman Langsung
    • Terhasil melalui proses membuat atau proses penghasilan produk seni melalui penglibatan deria.
    • Pengalaman langsung ialah pengalaman asas bagi pengalaman estetika dan ia terhasil melalui proses membuat atau menghasilkan sesuatu produk seni secara langsung dan melibatkan penggunaan deria luaran dan dalaman.
    • Contohnya pembuatan tembikar. Penghasilan tembikar dihasilkan secara terus melalui penglibatan deria seperti mata untuk melihat, deria sentuhan dan membentuk
    Kederiaan
    1. Untuk menilai keindahan memerlukan pemerhati dan objek.
    2. Kesempurnaan pancaindera penting untuk menilai keindahan.
    3. Terbahagi kepada dua iaitu deria dalaman(berkaitan perasaan) dan deria luaran(melibatkan pancaindera)
    Keterlibatan
    1. Melibatkan interaksi antara deria luaran dan deria dalaman dalam penghasilan karya.
    2. Menerusi keterlibatan, maklumat yang diperolehi akan membantu seseorang itu mengolah idea dan dapat melahirkan sesuatu penghasilan seni visual menerusi pelbagai pengolahan media
    Pengalaman Intelektual
    1. Merupakan proses memperoleh ilmu daripad pengamatan daripada pelbagai sumber maklumat.
    2. Boleh didapati melalui kajian, penerokaan, eksperimen dan dapatan dalam proses penghasilan karya seni dari pelbagai sumber
    3. Contohnya ialah komputer, televisyen dan buku rujukan.
    Konsep 
    1. Gabungan ciri-ciri atau unsur-unsur yang mewujudkan sesuatu idea
    2. Ditakrifkan sebagai kumpulan atau kelas-kelas objek, manusia atau kejadian yang terbentukberdasarkan sifat atau ciri bersama.
    3. Contohnya, konsep landskap dalam seni landskap ialah gabungan unsur seni landskap dari negeri-negeri di kepulauan Melayu seperti dari Bali, Indonesia dan Thailand
    Falsafah
    1. Pengetahuan dan penyelidikan tentang sebab-sebab atau erti kewujudan sesuatu.
    2. Merupakan hasil usaha mencari sesuatu ilmu secara mendalam dan secara sistematik.
    3. Contoh falsafah dalam bidang estetika telah dikemukakan oleh John dewey(1859-1952) menjelaskan bahawa estetika ialah sistem pengkajian seni yang dianggap sebagai sebahagian daripada satu ekspresi di pelbagai peringkat pengalaman manusia
    Nilai
    1. Makna atau idea yang sempurna dan diakui bersama bagi seseorang individu atau sesebuah masyarakat dan ia kekal serta tidak berubah
    2. Merupakan maklumat yang dimiliki oleh seseorang tentang sesuatu objek atau perkara, sama ada pengetahuan fakta atau pengalaman tentang sesuatu objek yang terlibat
    3. Nilai adalah sesuatu yang ideal yang berkait rapat dalam kehidupan seseorang individu
    4. Contohnya, nilai dalam aliran seni tradisi Melayu menitikberatkan nilai kemasyarakatan dan tidak bersifat individualistik dan bukan untuk bermegah-megah
    5. Nilai dalam pengalaman intelektual dikategorikan kepada enam dimensi iaitu :
       *Nilai mengenai sesuatu teori 
       *Nilai berkaitan ekonomi
       *Nilai estetik
       *Nilai berkaitan institusi sosial
       *Nilai berkaitan politik
       *Nilai berkaitan keagamaan 

      So thats all for today.. Akhirnya habis juga nota Bab 1 ni.. Pening betul kepala Ieyka nak meringkaskan nota yang panjang tak terbaca ni.. hahaha(memang da teruk).. So harap berguna kepada semua.. Good bye..

      SUMBER : ACE AHEAD TEKS STPM SENI VISUAL  


    14 comments:

    1. terima kasih cikgu, mohon dihalalkan ilmu ini untuk digunkan sebgai rujukan.

      ReplyDelete
    2. terima kasih cigu , sangat membantu untuk kajian ringkas semula

      ReplyDelete
    3. thankyou cikgu ini amat bermanfaat ya💗

      ReplyDelete
    4. Terima kasih sbb baca ni lebih faham berbanding dalam buku walaupun sumber sama je

      ReplyDelete
    5. Terima kasih banyak cikgu <3

      ReplyDelete
    6. Tq cg amat membantu sy yg baru nak mengajar thn ni

      ReplyDelete
    7. Terima kasih banyak cikgu mohon Di halalkan bahan cikgu sya guna untuk perbentangan saya

      ReplyDelete
    8. Terima kasih ats ilmu yg disampaikan.. sangat bermanfaat .

      ReplyDelete
    9. tenqiuu for sharing the knowledge ❤🙌😊

      ReplyDelete

    Meh la komen..
    Lau tak komen tak nak kawan..