Tuesday 20 August 2013

Nota Bab 2 : Seni Cetak


Dah lama meninggalkan blog yang tersayang.. So let's continue..

  • Berikan definisi seni cetak.
    • Seni cetak ialah proses menghasilkan karya atau imej yang sama berulang kali.
  • Ceritakan secara ringkas sejarah cetakan.
    • Proses penghasilan cetakan terawal dihasilkan daripada cetakan kayu yang dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi di China. Pada masa itu, seni cetak digunakan untuk tujuan pendidikan, propaganda dan keagamaan. Penggunaan warna dalam seni cetak bermula pada abad ke-15. Sejarah cetakan di Malaysia telah dibawa dari China ke Singapura melalui Nanyang Akademik. Rakyat Malaysia yang belajar di institut seni itu telah melopori teknik cetakan dan diperluas di semenanjung malaysia.
  • Senaraikan jenis-jenis seni cetak.
    • Cetakan timbul
    • Cetakan benam
    • Cetakan litografi / planografi
    • Cetakan stensil / sutera saring / serigrafi
  • Apakah yang dimaksudkan dengan cetakan timbul?
    • Cetakan timbul ilah proses mengukir ke dalam blok dan meninggalkan bahagian yang timbul untuk diletakkan dakwat dan dicetak.
  • Senaraikan kaedah cetakan jenis benam.
    • Turisan (engraving)
    • Gurisan asid ( etching)
    • Akuatin (aquatint)
    • Mezotin (mezzotint)
  • Siapakah yang memperkenalkan cetakan litografi?
    • Cetakan litografi telah diperkenalkan dan dikembangkan proses penghasilannyaoelh seorang rakyat Jerman yang bernama Aloy Senefelder. Beliau telah memperkenalkan teknik seni cetakan planografi pada tahun 1798.


Saturday 27 July 2013

Nota Bab 2 : Lukisan

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera..
Tak perlu memenatkan jari menaip.. So lets continue..


  • Nyatakan maksud lukisan.
    • Maksud lukisan mengikut Kamus Oxford Companion to Art (1981) ialah proses menggambarkan sesuatu imej.
    • Lukisan juga bermaksud proses atau teknik mempersembahkan sesuatu imej dalam bentuk dua dimensi (2D).
  • Ceritakan secara ringkas sejarah lukisan.
    • Sejarah lukisan menurut kajian ahli sejarah, lukisan merupakan antara cara awal bagi manusia berkomunikasi secara visual.
    • Pengkaji sejarah terdahulu telah membuktikan bahawa manusia terdahulu sudah pun menghasilkan lukisan yang berupa tanda lakaran berbentuk imej yang ringkas di dinding gua seperti di Gua Niah, Sarawak dan Gua Tambun di Perak.
    • Ini telah membuktikan bahawa lukisan awal dijumpai telah dihasilkan oleh manusia sejak 16 000 S.M.
    • Antara imej yang dijumpai marupakan lakaran pelbagai jenis garisan yang membentuk imej manusia, binatang perburuan dan peralatan seperti panah dan lembing.
    • Masyarakat Mesir telah menghasilkan rekod penulisan dan lakaran visual di atas kertas papirus, kertas ini diperbuat daripada tumbuhan yang terdapat di Delta Sungai Nil.
  • Senaraikan media-media yang boleh digunakan untuk penghasilan lukisan.
    • Media kering seperti pensel, arang serta kapur dan dilukis di atas permukaan kertas.
    • Media basah seperti dakwat, pen, marker, cat air dan warna poster.
  • Senaraikan nama tokoh yang terkenal dalam bidang lukisan dan perisian yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan.
    • Leornardo da Vinci, Albrecth Durer, Michelangelo, Raphael dan Donatello.
    • Adobe Photoshop, 3D Studiomax, Illustrator dan Coral Draw.
       
  • Apakah yang dimaksudkan dengan lakaran?
    • Lakaran merupakan langkah awal sebelum terhasilnya sesuatu karya pengkaryaan atau perekaan.
    • Lakaran juga merupakan persediaan, kajian atau perancangan awal yang diolah secara visual terhadap idea yang ingin disampaikan dalam karya sebenar.
  • Berikan tujuan penghasilan lukisan.
    • Menggambarkan ilusi tiga dimensi (3D) pada permukaan dua dimensi (2D).
      • Contohnya, memasukkan kajian perspektif atau mengkaji kesan cahaya dan bayang yang jatuh pada sesuatu bentuk.
    • Kajian sesuatu objek secara terperinci dengan memberi penegasan atau tumpuan.
      • Contohnya, merekodkan imej jalinan atau bentuk tertentu pada sesuatu objek bagi mengelakkan kekeliruan imej.
    • Menyelesaikan permasalahan visual.
      • Contohnya, kajian komposisi sesuatu reka bentuk atau kajian terhadap kadar banding sesuatu objek.
    • Persediaan untuk gambaran idea awal.
      • Contohnya, lakaran idea terhadap komposisi yang bersesuaian sebelum penghasilan catan pemandangan.
  • Nyatakan proses penghasilan lukisan.
    • Penglihatan penting bagi manusia untuk melihat sesuatu objek dan melukis dengan baik.
    • Imej yang dilihat oleh mata akan dimanipulasikan oleh minda untuk memberi struktur dan makna.
    • Imej yang diproses  memerlukan pemahaman dan pengalaman estetika untuk memberi olahan visual yang baik dan dibantu oleh daya khayalan.
    • Manusia melukis sesuatu berdasarkan peniruan atau imaginasi minda.
    • Pengolahan imej berkait rapat dengan pemahaman aspek formal yang membantu seseorang melukis dengan baik atau berkualiti.
    • Pengolahan imej terdiri daripada unsur seni reka seperti aspek bentuk dan kadar banding dalam mengolah ruang serta penggunaan prinsip rekaan seperti imbangan dan kontra.
  • Senaraikan teknik-teknik penghasilan lukisan.
    • Lukisan garisan
    • Gosokan 
    • teknik burnishing
    • Lukisan titik
    • Teknik campuran
    • Teknik frottage
    • Teknik garisan/grafito
    • Teknik scumbling

Sunday 21 July 2013

Nota Bab 1

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera..
Beberapa hari yang lepas Ieyka ada bagi nota Seni untuk Bab 1 kan.. Tapi Ieyka rasa agak complicated sebab nota yang terlalu banyak.. Jadi post kali ni Ieyka nak bagi nota berbentuk soalan supaya lebih senang untuk kita paham.. Lagi pun bukannya semua masuk dalam exam.. Tak perlu membebel lagi... Jom mulakan..

BAB 1 : PENGERTIAN SENI VISUAL
  • Bagaimanakah sesebuah hasil seni dihasilkan?
    • Penilaian bagi sesebuah sesebuah hasil karya seni visual juga berkaitan dengan tahap pengalaman estetika yang dimiliki oleh seseorang.
  • Bagaimanakah keindahan seni dinilai?
    • Keindahan seni yang dinilai memerlukan pemerhati dan objek. 
    • Seseorang yang ingin berlatih melihat keindahan harus melatih dirinya untuk menguasai keupayaan derianya untuk merasai dan menjiwai serta keupayaan inteleknya untuk mengerti.
  • Nyatakan maksud visual.
    • Visual bermaksud sesuatu yang nampak atau tampak. Visual juga merujuk kepada sesuatu yang boleh dinilai dan dilihat oleh mata manusia.
  • Senaraikan ciri-ciri seni 2D.
    • Seni 2D boleh dilihat daripada permukaan 180'. 
    • Hasil seni hanya dapat dihayati pada permukaan sahaja kerana kita hanya melihat visual yang dipaparkan. 
    • Contoh hasil seni 2D ialah catan, cetakan dan lukisan.
  • Senaraikan ciri-ciri seni 3D.
    • Seni 3D dapat dilihat pada ruang 360'.
    • Hasil seni wujud dalam suatu ruang sebenar dan melibatkan ruang serta jisim untuk dinikmati keindahannya.
    • Contoh hasil seni 3D ialah arca, kraf tembikar dan ukiran kayu.
  • Apakah pengkaryaan?
    • Pengkaryaan mementingkan makna dan estetik.
    • Pengkaryaan terdiri daripada penghasilan karya seni dalam bidang seni halus, iaitu hasil karya yang terdiri daripada lukisan, catan, arca dan seni cetak.
  • Apakah perekaan?
    • Perekaan mementingkan fungsi dan estetik dan bermaksud mereka bentuk sesuatu.
    • Perekaan memberi penekanan kepada fungsi penghasilan karya di samping penekanan kepada nilai estetik yang melibatkan unsur dan prinsip rekaan.
  • Berikan definisi apresiasi.
    • Apresiasi berdasarkan istilah bahasa bermaksud memberi pengiktirafan atau penghargaan terhadap sesuatu.
    • Apresiasi dalam seni visual melibatkan proses memehami serta menilai sesebuah hasil karya melalui pemahaman dan huraian berkaitan aspek tertentu.
  • Huraikan pengalaman estetik.
    • Pengalaman estetik ialah proses penguasaan bidang ilmu dan maklumat tertentu menerusi pengamatan dari pelbagai deria, pengalaman langsung dan kemahiran intelek terhadap sesuatu perkara yang berkaitan dengan kesenian dan keindahan.
  • Apakah yang dimaksudkan dengan pengalaman langsung.
    • Pengalaman langsung terhasil melalui proses membuat atau proses penghasilan produk seni melalui penglibatan deria.
    • Pengalaman langsung ialah pengalaman asas bagi pengalaman estetik yang terhasil melalui proses membuat atau menghasilkan sesuatu produk seni secara langsung dan melibatkan deria luaran dan deria dalaman.
  • Apakah pengalaman intelektual?
    • Pengalaman intelektual ialah proses memperoleh ilmu daripada pengamatan daripada pelbagai sumber maklumat.
    • Pengalaman intelektual boleh didapati melalui kajian, penerokaan, eksperimen dan dapatan dalam proses penghasilan karya seni serta melalui penguasaan maklumat daripada pelbagai sumber.
    • Contohnya daripada komputer, televisyen dan buku rujukan.

Monday 8 July 2013

Bab 1

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA..

K guys.. Post hari tu Ieyka da citer pasal Format Exam kan.. So this time Ieyka nak teruskan lagi dengan tajuk-tajuk yang akan student Seni STPM belajar dalam Penggal 1. Macam yang Ieyka pernah bagi tahu, kita akan ada 3 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B & Bahagian C. Lets continue..

BAHAGIAN A (PENGENALAN SENI VISUAL)
Pada bahagian ni, kita akan belajar 6 topik iaitu:
  1. Pengertian Seni Visual
  2. Pengkaryaan : Seni Halus
  3. Perekaan : Komunikasi Visual
  4. Perekaan : Reka Bentuk Grafik
  5. Perekaan : Reka Bentuk Persekitaran
  6. Peranan Seni Visual
Tajuk pun da agak memeningkan.. Hehehe.. Actually tak la susah pun.. Pening lagi ke?? Ala.. dah-dah la tu.. Meh sini Ieyka terangkan..

BAB 1 : Pengertian Seni Visual

1.1 Maksud Seni
  • Mengikut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia terbitan DBP(1988) " Seni bermaksud halus atau kecil sekali, kecekapan dan kepandaian membuat sesuatu yang indah-indah"
  • Berdasarkan Ensiklopedia Malaysiana (1996:453) "Seni ialah sesuatu yang indah pada pandangan pancaindera manusia sama ada melalui penglihatan atau pendengaran"
  • Mengikut Ibnu Khaldun "Seni adalah kebenaran, keindahan dan kebaikan di mana di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika dan logika"
  • Seni membawa maksud kebolehan mencipta, melukis, mengukir, mengubah dan ia juga boleh ditakrif sebagai hasil buatan manusia yang diatur dengan mahir dan boleh digunakan untuk menyuarakan pengalaman manusia.
Keindahan Seni Visual
  • Karya seni visual merupakan manifestasi terhadap ekspresi individu atau masyarakat berdasarkan kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh daripada pelbagai sumber seperti pengalaman, pendidikan, penyelidikan atau pengamatan terhadap persekitaran.
  • Keindahan dalam sesebuah karya seni visual merupakan sesuatu yang dianggap indah dan menyenangkan serta memenuhi keperluan naluri dan kehendak fizikal manusia.
  • Penghayatan terhadap keindahan dalam seni visual diwujudkan oleh beberapa aspek iaitu subjek(tema dan hal benda), aspek formal(komposisi dalam menyusun atur unsur seni reka dan prinsip rekaan adn disokong oleh penggunaan media dan teknik), serta kandungan dan konteks(merujuk kepada karya pengkaryaan dan fungsi yang merujuk kepada karya perekaan)
  • Penilaian hasil seni visual berkaitan dengan tahap pengalaman estetik seseorang
  • Menilai keindahan memerlukan pemerhati dan objek serta perlu menguasai keupayaan derianya untuk merasai dan menjiwai  serta keupayaan inteleknya untuk mengerti
NOTA RINGKAS
    • Ammanuel Kant(1724-1804), keindahan kesenian bukan terletak pada sesuatu benda secara hakikinya indah atau cantik tetapi apa yang terjelma daripada pentafsiran terhadap sesuatu hasil seni itulah nilai keindahan
    • Winckwlmann(1717-1769), seseorang penggemar seni atau seniman perlu melatih pancainderanya secara berterusan agar berupaya menikmati keindahan yang sebenar melalui kebolehan intelektual                                                                                                                                                
    1.2 Seni Visual
    • Bermaksud sesuatu yang nampak atau tampak dan manusia menggunakan deria mata untuk melihat atau nampak sesuatu
    • Seni visual wujud daripada idea, pengalaman atau rangsangan individu untuk melahirkan daya cipta yang indah
    • Hasil seni memerlukan kombinasi unsur seni garisan, warna, rupa, jalinan, bentuk dan ruang serta prinsip rekaan untuk menghasilkan kesan visual yang menarik.
    • Prinsip rekaan ialah proses pengorganisasian bagi mewujudkan harmoni dan kepelbagaian iaitu keseimbangan, kadar banding, penegasan, pergerakan dan ekonomi.
    • Hasil seni visual terbahagi kepada dua bentuk iaitu hasil ciptaan berbentuk dua dimensi(2D) dan tiga dimensi(3D). 
    • Karya 2D boleh dilihat daripada permukaan 180' . Contoh karya 2D ialah lukisan, catan, seni cetak, corak pada kain batik, reka bentuk grafik, multimedia dan cetakan gambar
    • Karya 3D boleh dilihat daripada permukaan 360'. Contoh karya 3D ialah arca, barangan industri, seni bina bangunan, tembikar, anyaman bakul, ukiran kayu, senjata dan alat muzik 
    Skop Penghasilan Karya Seni Visual
    • Seni visual terbahagi kepada 2 bahagian :  
              Pengkaryaan(mementingkan makna dan estetik)
    •  Penghasilan karya seni dalam bidang seni halus iaitu lukisan, catan, arca dan seni cetak
    •  Pemahaman makna daripada karya yang dihasilkan.
               Perekaan(mementingkan fungsi dan estetik)
    • Mereka bentuk sesuatu. 
    • Perekaan memberi penekanan kepada fungsi penghasilan karya dan penekanan kepada nilai estetik yang melibatkan unsur dan prinsip rekaan 
    • Terdiri daripada bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi dan reka bentuk persekutuan.
    1.3 Apresiasi
    • Berdasarkan istilah bahasa, pengiktirafan atau penghargaan terhadap sesuatu. 
    • Dalam seni visual melibatkan proses memahami serta menilai sesebuah hasil karya melalui pemahaman dan huraian berkaitan aspek-aspek tertentu.  
    • Sesebuah hasil karya atau perekaan yang dihasilkan bukan hanya bertujuan memenuhi aspek estetika malah terkandung subjek. aspek formal serta kandungan dan konteks yang perlu difahami berdasarkan disiplin aplikasi asas seni reka
    1.4 Pengalaman Estetik
    • Pengalaman merupakan satu proses yang dialami oleh seseorang untuk mendapatkan sesuatu ilmu pengetahuan atau kemahiran.
    • Sesebuah hasil seni dinilai oleh audiens mengikut penilaian berdasarkan tahap pengalaman estetik yang dimiliki oleh audiens
    • John Dewey(1859-1952) menjelaskan estetika ialah satu sestem pengkajian seni yang dianggap ekspresi yang mencakupi semua makna
    • Perkataan estetika mula digunakan oleh Baumgarten pada tahun 1735. yang berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud menanggapi.
    • Pengalaman estetika ialah proses penguasaan bidang bidang ilmu dan maklumat tertentu menerusi pengamatan dari pelbagai deria, pengalaman langsung dan kemahiran intelek terhadap sesuatu perkara yang berkaitan dengan kesenian dan keindahan
    • Pengalaman estetika membantu seseorang itu untuk menguasai kemahiran berfikir secara kreatif dan memupuk kemahiran secara berperingkat dan sistematik
    Pengalaman Langsung
    • Terhasil melalui proses membuat atau proses penghasilan produk seni melalui penglibatan deria.
    • Pengalaman langsung ialah pengalaman asas bagi pengalaman estetika dan ia terhasil melalui proses membuat atau menghasilkan sesuatu produk seni secara langsung dan melibatkan penggunaan deria luaran dan dalaman.
    • Contohnya pembuatan tembikar. Penghasilan tembikar dihasilkan secara terus melalui penglibatan deria seperti mata untuk melihat, deria sentuhan dan membentuk
    Kederiaan
    1. Untuk menilai keindahan memerlukan pemerhati dan objek.
    2. Kesempurnaan pancaindera penting untuk menilai keindahan.
    3. Terbahagi kepada dua iaitu deria dalaman(berkaitan perasaan) dan deria luaran(melibatkan pancaindera)
    Keterlibatan
    1. Melibatkan interaksi antara deria luaran dan deria dalaman dalam penghasilan karya.
    2. Menerusi keterlibatan, maklumat yang diperolehi akan membantu seseorang itu mengolah idea dan dapat melahirkan sesuatu penghasilan seni visual menerusi pelbagai pengolahan media
    Pengalaman Intelektual
    1. Merupakan proses memperoleh ilmu daripad pengamatan daripada pelbagai sumber maklumat.
    2. Boleh didapati melalui kajian, penerokaan, eksperimen dan dapatan dalam proses penghasilan karya seni dari pelbagai sumber
    3. Contohnya ialah komputer, televisyen dan buku rujukan.
    Konsep 
    1. Gabungan ciri-ciri atau unsur-unsur yang mewujudkan sesuatu idea
    2. Ditakrifkan sebagai kumpulan atau kelas-kelas objek, manusia atau kejadian yang terbentukberdasarkan sifat atau ciri bersama.
    3. Contohnya, konsep landskap dalam seni landskap ialah gabungan unsur seni landskap dari negeri-negeri di kepulauan Melayu seperti dari Bali, Indonesia dan Thailand
    Falsafah
    1. Pengetahuan dan penyelidikan tentang sebab-sebab atau erti kewujudan sesuatu.
    2. Merupakan hasil usaha mencari sesuatu ilmu secara mendalam dan secara sistematik.
    3. Contoh falsafah dalam bidang estetika telah dikemukakan oleh John dewey(1859-1952) menjelaskan bahawa estetika ialah sistem pengkajian seni yang dianggap sebagai sebahagian daripada satu ekspresi di pelbagai peringkat pengalaman manusia
    Nilai
    1. Makna atau idea yang sempurna dan diakui bersama bagi seseorang individu atau sesebuah masyarakat dan ia kekal serta tidak berubah
    2. Merupakan maklumat yang dimiliki oleh seseorang tentang sesuatu objek atau perkara, sama ada pengetahuan fakta atau pengalaman tentang sesuatu objek yang terlibat
    3. Nilai adalah sesuatu yang ideal yang berkait rapat dalam kehidupan seseorang individu
    4. Contohnya, nilai dalam aliran seni tradisi Melayu menitikberatkan nilai kemasyarakatan dan tidak bersifat individualistik dan bukan untuk bermegah-megah
    5. Nilai dalam pengalaman intelektual dikategorikan kepada enam dimensi iaitu :
       *Nilai mengenai sesuatu teori 
       *Nilai berkaitan ekonomi
       *Nilai estetik
       *Nilai berkaitan institusi sosial
       *Nilai berkaitan politik
       *Nilai berkaitan keagamaan 

      So thats all for today.. Akhirnya habis juga nota Bab 1 ni.. Pening betul kepala Ieyka nak meringkaskan nota yang panjang tak terbaca ni.. hahaha(memang da teruk).. So harap berguna kepada semua.. Good bye..

      SUMBER : ACE AHEAD TEKS STPM SENI VISUAL  


    STPM Seni Visual

    ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA

    Entri ini di update untuk berkongsi nota-nota atau ilmu seni kepada semua pelajar PRA U yang mengambil subjek SENI.. So harap berguna lah..
      
    Format Kertas Peperiksaan STPM Seni Visual terbahagi kepada 4 kertas 
    • Penggal 1 : Kertas 1 (Apresiasi Seni Visual)
    • Penggal 2 : Kertas 2 (Lukisan Pengkaryaan dan Perekaan)
    • Penggal 3 :  Kertas 3 (Projek Kajian Seni Visual)
    •    "        "  : Kertas 4 (Teori Projek Kajian Seni Visual)
     Pening?? Sabar dulu.. Ieyka akan terangkan..

    Kertas 1 (2 jam) : 80 markah (40%)
    1. Terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Bahg A, Bahg B & Bahg C
    2. Bahagian A  (4 soalan struktur & wajib jawab semua) 35 markah
    3. Bahagian B  (4 soalan esei & jawab 2 soalan) 30 markah
    4. Bahagian C  (2 soalan esei & jawab 1 soalan) 15 markah
    Kertas 2 (3 jam) : 70 markah (35%)

    1. Terdapat 2 soalan iaitu Format 1(Seting) & Format 2(Gubahan)
    2. Jawab 1 soalan
    Kertas 3 (sepanjang penggal 3) : 100 markah (25%)

    1. Terdapat 2 soalan kerja projek
    2. Jawab 1 soalan 
    Kertas 4 (3 jam) : 100 markah (25%)
    1. Soalan esei & wajib jawab
     
     Haaaa.. Dah faham kan.. Baaggguuuuuusssssssssss(panjang nye).. Hehehe.. So that  all 4 today.. Bye..